PDRM akan memperoleh 7,000 kamera badan tahun depan.- Gambar hiasan |
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menggunakan kamera badan (BWC) sepenuhnya pada suku pertama tahun 2025.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, jangkaan tersebut selepas mengambil kira keseluruhan proses pembekalan seperti pengujian, lawatan tapak, latihan dan pentauliahan yang akan berlangsung dari Januari hingga Disember tahun 2024.
“Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk perolehan BWC di bawah Rolling PlanPertama Rancangan Malaysia Ke-12 (RP1 RMK-12) Tahun 2021 bagi kegunaan penugasan harian anggota PDRM.
“Kos perolehan BWC yang diluluskan oleh Kerajaan adalah berjumlah RM30 juta dengan kaedah Tender Terbuka dan tempoh siap projek adalah selama 24 bulan,” katanya menerusi jawapan bertulis dalam mesyuarat ketiga, penggal kedua parlimen ke-15.
Saifuddin Nasution menjawab soalan daripada Lim Lip Eng (DAP-Kepong) yang bertanya mengenai mengapa penggunaan kamera badan pada anggota polis masih belum dilaksanakan.
Sementara itu, Lip Eng turut bertanyakan mengenai apakah akan ada perekaan semula pakaian seragam polis termasuk topi dan kasut agar lebih sesuai untuk menghadapi cuaca panas dan lembap.
Bagi menjawab soalan tersebut, Saifuddin berkata, Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) PDRM sedang menjalankan Kajian Penambahbaikan Pakaian Seragam Operasi Tugas Am PDRM
Jelasnya, kajian tersebut sudah bermula sejak 12 Julai lalu dan dijangka selesai penghujung tahun ini.
“Kajian turut mengambil kira aspek reka bentuk dan fabrik yang sesuai dengan cuaca di negara ini.
“Sekiranya dipersetujui kelak, PDRM akan mengangkat kertas cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2020 – Tatacara Permohonan Penukaran Pakaian Seragam dan Pakaian Istiadat Pegawai Kerajaan dan Badan Berkanun,” katanya. -UTUSAN
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment