Pengerusinya, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, PAS Relief pada 2021 berjaya mengumpul dana sebanyak RM23 juta.
Katanya, kutipan kali ini diharapkan lebih banyak memandangkan serangan Zionis Israel begitu dahsyat sehinggakan hospital turut dibom.
“Lebih menyedihkan, bangunan yang dibina hasil sumbangan derma rakyat Malaysia juga dibom.
“Bangunan itu baru saja siap pada bulan lepas dan bulan ini, rosak teruk dibom,” katanya ketika ditemui pada Muktamar PAS Ke-69 di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga berkata, pembebasan Palestin menjadi agenda utama sempena Muktamar Tahunan PAS yang bermula hari ini.
Menurutnya, isu tersebut juga akan dibahaskan oleh perwakilan pada hari kedua muktamar, esok.
“Kemungkinan besar akan ada usul khas berkaitan Palestin yang dijangka diketengahkan oleh Lajnah Antarabangsa PAS Pusat,” katanya.
Menurutnya, sehingga sekarang pihaknya menghimpunkan 150 badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan dana bagi membantu Palestin.
Dewan Ulamak PAS Pusat semalam, meluluskan sebulat suara usul berkaitan Palestin. – HARAKAHDAILY 20/10/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment