NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS nafi letak Mahathir calon PRK Kemaman, tarikh perbincangan pun belum ada lagi, dakwa Dr Samsuri



PETALING JAYA: PAS menafikan mungkin meletakkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calonnya pada PRK Kemaman.

Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar berkata tiada perbincangan dibuat berhubung perkara itu.

“Saya tak ada dengar ura-ura itu. Saya ada baca dalam media sahaja.

“Tidak ada perbincangan ke arah itu dan kami pun sebenarnya belum ‘sit down’ (bincang) dalam kalangan pimpinan tertinggi (PAS) tentang persiapan menghadapi pilihan raya terutama penentuan calon,” katanya dalam sidang media persidangan penggal pertama DUN Terengganu ke-15.

Beliau berkata, buat masa ini tiada perbincangan juga mengenai calon akan bertanding di Kemaman.

“Tarikh nak bincang (calon) pun belum ada lagi. Mungkin minggu depan saya akan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan PAS mungkin meletakkan Mahathir sebagai calonnya pada PRK Kemaman, kata sumber rapat bekas perdana menteri itu.

Mahathir baru-baru ini dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri pimpinan PAS, dan sumber itu memberitahu FMT bahawa kehadirannya di Dewan Rakyat akan membolehkan ahli politik veteran tersebut “membangkitkan isu negeri dengan lebih baik”.

Sumber itu berkata, jika bekas Ahli Parlimen Langkawi kembali ke Dewan Rakyat, ia akan memberinya peluang berkhidmat sebagai “semak dan imbang yang lebih berkesan terhadap kerajaan perpaduan”, yang menjadi pengkritik hebatnya sejak ia mengambil alih Putrajaya November lalu.

Dalam pada itu, Samsuri yang juga menteri besar Terengganu berkata PAS tiada rancangan meletakkan calon Bersatu di Parlimen tersebut kerana ia adalah kerusi tradisi PAS.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan mempertaruhkan penyandang, Che Alias Hamid mewakili PAS sekali lagi pada PRK Parlimen Kemaman.

“Segala kemungkinan berkaitan calon boleh berlaku termasuk calon luar selagi penamaan tidak dibuat,” katanya.

Che Alias memenangi kerusi itu dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru pada PRU15.

Bagaimanapun, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan itu bulan lalu selepas mendapati pembayaran bantuan i-Belia dan i-Siswa kepada pengundi semasa tempoh berkempen adalah rasuah.

Semalam, PAS berkata ia tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu, membuka jalan untuk satu lagi PRK Parlimen di negeri itu selepas Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo