Takiyuddin Hassan berkata tidak timbul soal Hadi Awang ‘hari ini cakap lain, esok cakap lain’ kerana PAS sememangnya sudah menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam. |
SHAH ALAM: PAS tidak pernah mengetepikan malah sentiasa mengiktiraf sokongan pengundi bukan Islam khususnya mereka yang tidak ekstrem, kata Takiyuddin Hassan.
Setiausaha agung PAS berkata, parti itu akan fokus menarik sokongan bukan Islam yang tidak ekstrem selaras pendirian Presiden Hadi Awang.
“PAS hanya tidak boleh menerima golongan bukan Islam yang ekstrem, termasuk parti politik yang mengambil pendekatan begitu. Presiden PAS (Hadi) tidak pernah mengetepikan bukan Islam sebaliknya mengiktiraf kehadiran orang bukan Islam.
“Kalau dengar ucapan presiden, kita tiada masalah dengan rakyat bukan Islam tidak ekstrem, namun yang ekstrem untuk kita bekerjasama itu tidak boleh,” katanya pada sidang media sempena Muktamar PAS ke-69.
Takiyuddin mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang membidas Hadi tidak konsisten dalam tindakannya apabila mengarahkan ahli PAS menarik undi bukan Islam.
“Membaca ‘amanat’ terbaru Hadi mengingatkan saya mengenai tohmahan beliau terhadap pengundi bukan Melayu. Ogos tahun lalu, beliau mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.
“Nampaknya Hadi sedang menagih undi kumpulan yang sebelum ini pernah beliau label sebagai perosak negara, sejak dari dulu beliau terkenal dengan sikap yang tidak konsisten dalam berkempen. Hari ini cakap lain, esok cakap lain,” katanya.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata tidak timbul soal Hadi “hari ini cakap lain, esok cakap lain” kerana PAS sememangnya sudah menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam termasuk DAP melalui Pakatan Rakyat, MCA dan MIC sebelum ini.
“Sekarang bersama Gerakan serta Majlis Perundingan Cina (CCC) setiap negeri,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment