Menurut Setiausaha PAS negeri, Senator Ustaz Musoddak Ahmad, sumbangan itu akan disalurkan melalui PASRelief.
“Semoga sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan beban serta membantu rakyat Palastin di sana,” ujar beliau.
Majlis sumbangan ringkas yang diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya kepada Setiuasaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mewakili PASRelief.
Justeru semua rakyat disarankan agar terus bermunajat tanpa henti agar mangsa keganasan rejim zianos Israel itu mendapat pertolongan Allah.
Sementara itu, satu himpunan aman solidariti rakyat Palestin pada 13 Oktober ini akan diadakan selepas solat Jumaat.
Himpunan itu akan diadakan di masjid terpilih terpilih seluruh negara bagi menzahirkan pendirian PAS terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa. – HARAKAHDAILY 10/10/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment