NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO-NGO Islam Sarawak minta Pentadbir Sekolah Mubaligh lihat Palestin isu kemanusiaan, bukan hanya isu agama



  • Pihak Pentadbiran Sekolah-sekolah Mubaligh (Mission) di Sarawak digesa untuk melihat isu Palestin bukan sahaja dari aspek agama, malah dari aspek kemanusiaan yang wajar dijadikan iktibar.
  • Gesaan itu dibuat Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Sarawak membantah tindakan Mission menghalang sekolah-sekolah Mubaligh Bantuan Kerajaan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin seperti diminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Pihak terbabit dalam kenyataannya berkata, ramai warga Palestin di Gaza, Palestin, menjadi korban serangan rejim zionis Israel, termasuk bukan Islam.
  • “Kita tidak mahu anak-anak ini menjadi mangsa kepada putar-belit fakta yang meragukan yang kini sedang giat dijalankan oleh media massa yang pro penjajah Israel di media sosial dan media hiburan,” kata PKMS dan NGO-NGO Islam Sarawak dalam kenyataannya hari ini.
  • Setakat kenyataan ditandatangani 28 NGO Islam di Sarawak itu dibuat, sekurang-kurangnya 7,700 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, Islam dan bukan Islam, menjadi mangsa serangan ganas rejim zionis Israel di Gaza, Palestin.

KUALA LUMPUR – Pihak Pentadbiran Sekolah-sekolah Mubaligh (Mission) di Sarawak digesa untuk melihat isu Palestin bukan sahaja dari aspek agama, malah dari aspek kemanusiaan yang wajar dijadikan iktibar.

Gesaan itu dibuat Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Sarawak membantah tindakan Missionmenghalang sekolah-sekolah Mubaligh Bantuan Kerajaan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin seperti diminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pihak terbabit dalam kenyataannya berkata, ramai warga Palestin di Gaza, Palestin, menjadi korban serangan rejim zionis Israel, termasuk bukan Islam.

“Hak anak-anak sekolah untuk mengetahui apa yang berlaku sekeliling mereka tidak perlulah dinafikan atas nama toleransi sedangkan yang memikul tanggungjawab tersebut pada masa akan datang ialah anak-anak yang bakal dinafikan hak tersebut. 

“Kita tidak mahu anak-anak ini menjadi mangsa kepada putar-belit fakta yang meragukan yang kini sedang giat dijalankan oleh media massa yang pro penjajah Israel di media sosial dan media hiburan,” kata PKMS dan NGO-NGO Islam Sarawak dalam kenyataannya hari ini.

Setakat kenyataan media ditandatangani 28 NGO Islam di Sarawak itu dibuat, sekurang-kurangnya 7,700 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, Islam dan bukan Islam, menjadi mangsa serangan ganas rejim zionis Israel di Gaza, Palestin.

PKMS dan NGO-NGO Islam di Sarawak turut menyangkal dakwaan Mission yang menuduh Pengarah Pendidikan Sarawak berbohong berkenaan isu pengeboman Hospital Al-Ahli di Gaza oleh rejim Israel.

“Ditambah dengan tohmahan yang sangat berat dihalakan kepada Pengarah Pendidikan Sarawak dengan menuduh Pengarah Pendidikan dengan sengaja berbohong bahawa pengeboman hospital Al-Ahli di Gaza pada 18 Oktober 2023 telah dimulakan oleh Israel

““accusingly stated that the Al Ahli Hospital was bombed by Israel when the sad tragedy which killed hundreds of people was in fact – according to numerous reports – the result of a misfired missile from within Gaza itself.”

“Sebaliknya kenyataan media mereka juga mengatakan, peluru berpandu pejuang Palestinlah yang tersasar di hospital tersebut mengakibatkan ratusan nyawa melayang. Sedangkan apa yang telah diberitakan dari kedua-dua pihak dan disaksikan oleh seluruh dunia, Israellah yang menyerang hospital tersebut,” kata kenyataan itu.

PKMS dan NGO-NGO Islam di Sarawak turut menyambut baik pelbagai inisiatif dibuat Majlis Agama Islam Sarawak antaranya dengan mengadakan munajat dan solat sunat hajat untuk kebaikan Palestin.

“Isu Palestin bagi umat Islam sangat dekat baik dari segi akidah mahupun keadilan sejagat. Ia juga berkait dengan kesejahteraan umat Islam secara keseluruhan sebagai isu kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia moden. 

“Biarlah umat Islam bersolidariti dengan niat untuk menyatukan hati dan memberi pengalaman luar bilik darjah yang berguna dalam mempromosi keamanan dan kemanusiaan. Semua agama di dunia inginkan kesejahteraan dan cinta kepada kedamaian. 

“Kami menyeru semua masyarakat di Sarawak supaya sama-sama mengimbau apa yang berlaku di Palestin bukanlah isu agama semata-mata, ia merupakan tragedi kemanusiaan yang perlu dihentikan atas nama perikemanusiaan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Uskup Kuching menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Minggu solidariti Palestin di institusi pendidikan bawah KPM yang diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada negara dijajah rejim zionis Israel itu.

Namun, terdapat pihak yang bersetuju dan yang menentang pelaksanaan Minggu solidariti Palestin di institusi pendidikan di bawah KPM berkenaan. 

Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober hingga 3 November depan yang digalakkan untuk dianjurkan institusi pendidikan di bawah KPM, termasuk sekolah, bertujuan menyatakan solidariti warga Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza yang kini diserang rejim zionis Israel. – The Merdeka Times.




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo