NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Negara tak boleh ubah dasar cukai sewenang-wenang, kata Johari

Johari Ghani berkata, Malaysia satu-satunya negara yang mengubah dasar GSTnya.



KUALA LUMPUR: Bekas menteri kewangan kedua Johari Ghani berkata negara tidak boleh mengubah dasar cukai sewenang-wenang tanpa memberi notis secukupnya kepada rakyat.

Mengakui keperluan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), katanya perubahan mendadak “daripada GST kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan kembali kepada GST” tanpa memberi masa kepada rakyat bersiap sedia tidak digalakkan.

“Saya menjangkakan kita akan beritahu rakyat (lebih awal) akan memperkenalkan GST 2025, sebagai contoh,” katanya dalam sesi soal jawab pada Forum Ekonomi Belia 2023 di Sasana Kijang, di sini, hari ini.

“Itu supaya orang ramai boleh bersiap sedia kerana kita mesti ingat setiap kali memperkenalkan sistem baharu, akan berlaku lonjakan inflasi sebanyak sekali.”

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata Malaysia satu-satunya negara yang mengubah dasar GSTnya, berbeza dengan 170 negara lain yang mengamalkannya.

GST 6% diperkenalkan pada 2015 bawah Perdana Menteri Najib Razak, sebelum dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan dan digantikan SST pada 2018.

Menjelang pembentangan Belanjawan 2024, ramai menggesa Putrajaya memperkenalkan semula GST bagi meningkatkan pendapatan negara.

Sebaliknya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar SST, tetapi pengecualian diberikan kepada sejumlah barangan dan perkhidmatan, seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Dalam perkembangan lain, Johari berkata kebergantungan Malaysia terhadap subsidi menjejaskan kemampuan untuk membina rizab kukuh.

Katanya Malaysia masih tiada rizab besar, walaupun bermula dua tahun lebih awal daripada Norway yang kini mengumpul USD1.15 trilion.

“Apa yang berlaku ialah Petronas (menyumbang) kepada kerajaan dari segi dividen, royalti, cukai pendapatan petroleum (Pita), tetapi semuanya digunakan untuk (membiayai) subsidi,” katanya.

Memetik laporan Bank Negara, beliau berkata kebanyakan subsidi itu tidak disalurkan kepada golongan B40.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo