KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menaikkan gaji permulaan anggota pasukan keselamatan termasuk polis kepada sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.
Ahli Parlimen Pendang,Datuk Awang Hashim berkata, langkah tersebut sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Katanya, kerajaan juga perlu memberikan tumpuan kepada pelaksanaan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) dan Indeks Keharmonian Perusahaan.
“Sebab itu kita bangkitkan beberapa kali mengenai kenaikan gaji termasuk gaji polis.
“Saya ingat gaji polis ini paling kurang kena letak gaji permulaan RM2,000. Mereka kerja shif siang dan malam.. Ikut dipanggil dan kelulusan mereka pun dah tinggi sekarang, tak macam dulu,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini,
Oleh kata Awang, beliau mencadangkan paling kurang gaji permulaan paling RM2,000 tidak termasuk elaun-elaun yang lain terutamanya yang duduk di Kuala Lumpur.
Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata, peningkatan gaji dalam kalangan anggota keselamatan dapat mengekang sebarang aktiviti rasuah.
“Saya harap Perdana Menteri memberikan perhatian kepada pasukan keselamatan yang bekerja siang dan malam.
“Selepas itu dari segi integriti bila mereka tak cukup makanan atau gaji, mereka akan terlibat benda-benda macam ini (aktiviti rasuah). Ini satu cadangan untuk mengelakkan rasuah dalam negara,” katanya.
Pada 7 Oktober lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengakui tangga gaji permulaan bagi anggota polis berpangkat konstabel pada masa ini adalah di bawah kadar paras pelaksanaan gaji minimum RM1,500 iaitu RM1,441.
Beliau berkata, disebabkan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya skim gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) diselaraskan dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan.
Razarudin berkata, cadangan berkenaan selepas mengambil kira peningkatan kos sara hidup khususnya bagi anggota pangkat rendah. – UTUSAN
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment