- Umat Islam tidak boleh sertai acara maraton dianjurkan institusi berasaskan riba kerana ianya merupakan wasilah kepada perkara yang jelas pengharamannya iaitu riba, kata bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
- Beliau berkata sekiranya individu itu mengetahui pihak penaja acara itu menjalankan jual beli diharamkan syara‘, namun masih degil dan enggan menjauhkan diri daripada mempromosikan syarikat berkenaan, maka dia melakukan perkara yang haram dan berdosa.
- “Antara hujah lain mengapa mempromosikan syarikat berasaskan riba ditegah, kerana “promosi” itu sendiri menjadi wasilah (perantara) dan asbab meningkatnya pengamalan riba di syarikat tersebut,” katanya menerusi laman web Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada hari ini.
- Beliau mengulas berkenaan hukum menyertai acara maraton dianjurkan institusi berasaskan riba dan adakah peserta acara itu dikategori mempromosikan institusi riba tersebut.
KUALA LUMPUR — Umat Islam tidak boleh menyertai acara maraton dianjurkan institusi berasaskan riba kerana ianya merupakan wasilah kepada perkara yang jelas pengharamannya iaitu riba, kata bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata sekiranya individu itu mengetahui pihak menaja acara tersebut menjalankan jual beli diharamkan syara‘, namun masih degil dan enggan menjauhkan diri daripada mempromosikan syarikat berkenaan, maka dia melakukan perkara yang haram dan berdosa.
“Takutlah kita kepada ancaman yang disebutkan oleh Rasulullah SAW seperti dalam riwayat Abu Hurairah R.A: “Sesiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak berkurang dosa itu walau sedikit.” – Riwayat Muslim (2674), Abu Dawud (4609), al-Tirmizi (2674), Ibn Majah (206) dan Ahmad (9160),” katanya menerusi laman web Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada hari ini.
Beliau mengulas berkenaan hukum menyertai acara maraton dianjurkan institusi berasaskan riba dan adakah peserta acara itu dikategori mempromosikan institusi riba tersebut.
Ini susulan acara maraton yang baru-baru ini dianjurkan di ibu negara oleh sebuah syarikat yang berasaskan riba.
Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, berdasarkan pemerhatian dilakukan ke atas laman rasmi acara maraton itu didapati secara jelas ia menyebutkan setiap institusi dan syarikat yang turut serta bekerjasama dan menyumbang bagi menjayakan acara larian jarak jauh terbabit.
Katanya, pada baju dijual bersempena dengan larian itu dan baju diberikan secara percuma kepada mereka yang menamatkan larian sejauh 42.195 KM juga dicetak bersama beberapa logo.
Antaranya, logo rasmi syarikat yang bertanggungjawab mewujudkan acara tersebut; logo rasmi acara maraton tersebut berserta nama syarikat berasaskan riba tersebut dan logo rasmi syarikat yang menjual kelengkapan untuk sukan larian.
“Di antara logo-logo yang disebutkan di atas, terdapatnya unsur mempromosikan syarikat berasaskan riba. Maka, ini jelas merupakan suatu bentuk promosi yang ditegah berdasarkan dalil pengharaman tolong-menolong ke arah perkara yang haram di atas.
“Antara hujah lain mengapa mempromosikan syarikat berasaskan riba ditegah, kerana “promosi” itu sendiri menjadi wasilah (perantara) dan asbab meningkatnya pengamalan riba di syarikat tersebut,” katanya.
Zulkifli berkata sekiranya individu itu tidak cakna tentang senarai penaja bagi acara maraton tersebut, atau tidak tahu syarikat tersebut menjalankan jual beli yang berunsurkan riba, maka diharapkan keampunan Allah SWT diberikan atas kesilapan dilakukan tanpa pengetahuan.
Beliau juga mengingatkan pihak terbabit dalam sebarang penganjuran, perlu cakna dan prihatin akan sensitiviti umat Islam.
“Sebagai contoh, pastikan penganjuran tersebut selamat daripada unsur yang membawa kepada tipu daya, riba, dan lain-lain,” katanya. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment