NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MP PN pakai sedondon solidariti rakyat Palestin




KUALA LUMPUR: Ahli-ahli parlimen (MP) PERIKATAN NASIONAL (PN) sekali lagi ‘mencuri’ tumpuan ramai apabila tampil dengan sedondon berpakaian putih.

Segak dan menawan dengan pemilihan warna ‘bersih’ sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin ketika pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, petang ini.

Ahli-ahli Parlimen PN ingin menyampaikan mesej kesepakatan antara mereka dengan pemilihan warna baju sama warna. Begitu ahli parlimen wanita PN.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mula membentangkan belanjawan kira-kira jam 4.05 petang.

Pembentangan Belanjawan 2024 merupakan penampilan Anwar kali kedua membentang anggaran hasil dan belanjawan kerajaan bagi tahun hadapan.

Pada Februari lalu Anwar membentang Belanjawan 2023 selepas tidak disempat dibentang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ekoran Dewan Rakyat dibubarkan.

Belanjawan 2024 bertema ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta membela rakyat di seluruh negara.

Rakyat mengharapkan bajet diagih secara adil tanpa berlonggok di negeri-negeri dikuasa PH termasuk membayar royalti petroleum kepada Kelantan dan Terengganu yang masih tertunggak sehingga sekarang. – HARAKAHDAILY 13/10/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo