NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohon kewarganegaraan: Jangan longgarkan syarat lulus bahasa Melayu

Foto: Ahli Dewan Negara, Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan.


  • Kerajaan tidak perlu melonggarkan syarat kelulusan permohonan kewarganegaraan bagi mana-mana individu yang gagal memperoleh dua daripada skala lapan dalam penguasaan bahasa Melayu.
  • Ahli Dewan Negara, Senator Prof Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, beliau bagaimanapun menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung ketegasan kerajaan dalam penguasaan bahasa kebangsaan sebagai satu daripada syarat meluluskan permohonan kewarganegaraan.
  • Katanya, syarat penguasaan itu amat asas iaitu sekadar dapat berkomunikasi mudah dalam bahasa kebangsaan yang menurut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan disebut ‘mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang memadai’. 
  • “Oleh itu, tidak wajar mana-mana pihak mempersoalkan syarat itu kerana di negara-negara lain pun, syarat itu dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

PETALING JAYA: Kerajaan tidak perlu melonggarkan syarat kelulusan permohonan kewarganegaraan bagi mana-mana individu yang gagal memperoleh dua daripada skala lapan dalam penguasaan bahasa Melayu.

Ahli Dewan Negara, Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, beliau bagaimanapun menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung ketegasan kerajaan dalam penguasaan bahasa kebangsaan sebagai satu daripada syarat meluluskan permohonan kewarganegaraan.

Katanya, syarat penguasaan itu amat asas iaitu sekadar dapat berkomunikasi mudah dalam bahasa kebangsaan yang menurut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan disebut ‘mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang memadai’. 

“Oleh itu, tidak wajar mana-mana pihak mempersoalkan syarat itu kerana di negara-negara lain pun, syarat itu dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Awang Sariyan yang juga Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China di Beijing Foreign Studies University (BFSU) berkata, kerajaan tidak perlu melonggarkan syarat kelulusan permohonan menjadi warganegara Malaysia lebih-lebih lagi apabila individu tersebut gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya kerajaan menggalakkan pemohon mengikuti kursus asas bahasa Kebangsaan.

“Langkah yang dapat dilakukan ialah dengan menggalakkan pemohon mengikuti kursus asas bahasa Kebangsaan yang boleh dianjurkan oleh pihak tertentu dengan kerjasama dan pemantauan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka),” katanya.

Semalam, Saifuddin dalam sidang Dewan Rakyat memaklumkan bahawa kebanyakan warga emas yang tidak mendapat warganegara kerana gagal melepasi ujian penguasaan bahasa Melayu.

“Penguasaan bahasa di negara-negara luar pun kita teliti, mereka menghendaki yang pemohon boleh berbahasa rasmi iaitu bahasa pertuturan di negara berkenaan. Kalau markah tak lulus ialah satu markah, kalau lulus lapan markah.

“Sekarang ini, yang dua markah pun kadang-kadang saya luluskan, maknanya kalau hanya cakap terima kasih dan sama-sama, apa khabar dan khabar baik. Dia tak boleh buat ayat, sampai kita turunkan kayu ukur ke situ,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo