Ramai rakyat Malaysia tidak lagi menggunakan aplikasi MySejahtera, malah ada yang telah membuangnya daripada peranti mereka, menurut Presiden MMA Dr Azizan Abdul Aziz. |
PETALING JAYA: Sekumpulan doktor mendakwa tinjauan yang dilancarkan baru-baru ini mengenai rang undang-undang untuk mengawal selia penggunaan produk rokok dan vape oleh Kementerian Kesihatan (KKM) adalah satu lagi percubaan untuk menangguhkan pembentangannya untuk bacaan kali kedua.
“Mengapa perlu jalankan tinjauan pada saat akhir sedangkan kerajaan ada masa berbulan-bulan (sebelum ini) untuk menjalankannya?” soal Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Azizan Abdul Aziz.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pengumuman Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada Rabu mengenai tinjauan yang dijalankan KKM untuk mengumpul maklum balas masyarakat awam mengenai Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, atau lebih dikenali sebagai RUU generasi penamat (GEG), melalui aplikasi MySejahtera.
Azizan berkata, ramai rakyat Malaysia tidak lagi menggunakan aplikasi MySejahtera, malah ada yang telah membuangnya daripada peranti mereka.
MySejahtera dibangunkan untuk menguruskan wabak Covid-19 dengan menghendaki orang ramai mengimbas kod QR setiap kali memasuki mana-mana premis bagi tujuan pengesanan kontak.
Azizan menekankan bahawa kerajaan perlu berhenti melengah-lengahkan pembentangan RUU GEG untuk bacaan kali kedua.
RUU tersebut bertujuan mengharamkan penggunaan, penjualan dan pembelian produk rokok dan vape bagi individu yang lahir selepas 2007.
Keraguan mengenai pembentangan RUU itu untuk bacaan kali kedua timbul selepas KKM menangguhkan taklimat untuk Ahli Parlimen.
Kementerian itu turut menangguhkan taklimat media mengenainya, yang dijadualkan pada petang semalam, tanpa sebarang alasan.
Sumber memberitahu FMT bahawa pembentangan RUU itu telah ditangguhkan, namun perkara ini belum disahkan oleh KKM.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment