NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Miti cadang insentif B40 beli motosikal EV

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Miti, Hanafi Sakri berkata pasaran EV beroda dua di Malaysia masih berada di tahap rendah, iaitu kurang daripada 1%. (Gambar Bikes Republic)



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) mengemukakan cadangan pemberian insentif pembelian kenderaan elektrik (EV) khususnya motosikal dalam Belanjawan 2024 bagi menggalakkan perkembangan industri itu di negara ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Miti, Hanafi Sakri berkata cadangan tersebut sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan, ia akan tertumpu kepada pemilik kenderaan daripada kumpulan B40.

“Kita mengharapkan keputusan yang positif. Miti berharap Kementerian Kewangan dapat memberi sokongan kepada pembangunan industri EV negara, (dan) di dalam konteks ini untuk motosikal,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di International Electric Mobility Showcase (IEMS 2023).

Mengenai pembangunan industri EV secara keseluruhan, Hanafi berkata kerajaan menyediakan banyak insentif pada 2022 dan 2023 untuk pembangunan industri tersebut sama ada daripada segi permintaan dan juga penawaran perkhidmatan berkenaan.

Beliau berkata pasaran EV beroda dua di Malaysia masih berada di tahap rendah, iaitu kurang daripada 1%.

Sehubungan itu, Miti berharap inisiatif yang dilakukan termasuk cadangan yang dikemukakan bagi Belanjawan 2024, ia akan mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia.

“Fokus kita sekarang lebih tertumpu kepada kenderaan empat roda atau kereta. Justeru, Miti mengembangkannya kepada motosikal dan kenderaan perdagangan,” kata Hanafi.

Malaysia menyasarkan kira-kira 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, terdiri daripada 1,000 unit jenis arus terus dan 9,000 unit jenis arus ulang-alik atau pengecasan perlahan.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo