NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Minggu Solidariti Palestin: Jangan jadikan kami mangsa politik – CUEPACS



MELAKA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyelar tindakan segelintir ahli politik yang mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap penglibatan ahlinya dalam Minggu Solidariti Palestin.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat kesal dengan tindakan kumpulan itu yang seolah-olah mahu menjadikan ahlinya itu sebagai mangsa serangan politik.

“Sebahagian ahli politik di luar sana agak tidak selesa atau keluarkan kenyataan supaya diambil tindakan kepada penjawat awam khususnya guru-guru yang jalankan Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah.

“Kita mengikuti rapat kecaman ahli-ahli politik ini melalui media sosial mereka dan kami tidak mahu ahli-ahli menjadi mangsa dikenakan kerana telah mengikuti garis panduan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas Program Jualan Agro Madani@CUEPACS di sini hari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3 November bertujuan mendidik nilai-nilai manusiawi termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan, dalam kalangan pelajar.

Selain sekolah, arahan itu juga membabitkan kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Beberapa wakil rakyat bagaimanapun telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran minggu kesedaran berkenaan dengan antaranya berkata sekolah perlu kekal menjadi ruang neutral untuk pembelajaran dan pemahaman.

Sabtu lalu, sekumpulan tiga Ahli Parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR menggesa KPM mengkaji semula keputusan menganjurkan minggu berkenaan di sekolah dan institusi pendidikan awam.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, CUEPACS sentiasa menyokong usaha dan dasar kerajaan semasa termasuklah mengambil bahagian dalam Minggu Solidariti Palestin.

“Janganlah lihat pada cara persembahan, pakaian atau laungan sebagai ancaman kepada negara sebaliknya menjadi tanda bagaimana rakyat bersolidariti dengan rakyat Palestin.

“Mereka ketika ini diancam kepupusan etnik yang telah dilancarkan rejim Israel dan kita ingin mengingatkan seluruh dunia adanya peta negara Palestin yang perlu didaulatkan,” katanya. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo