SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar meminta Hadi Awang menjelaskan apakah tindakan akan diambil Perikatan Nasional (PN) selepas mendedahkan ada kelompok yang mahu mencabar undang-undang syariah.
Na’im berkata, presiden PAS itu mempunyai pandangannya sendiri berkait undang-undang syariah dalam negara dan beliau menghormati pandangan itu.
“Mengenai ini (dakwaan ada kelompok mahu mencabar undang-undang syariah) saya rasa saya akan jawab bila sampai (masanya).
“Hadi ada pandangan dia tersendiri. Kalau dia nak ambil (tindakan) itu…kita pun tak tahu tindakan nak diambil (oleh PN),” katanya selepas menghadiri Majlis Penutupan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-40.
Beliau mengulas dakwaan Hadi di Dewan Rakyat semalam, ada kelompok mencabar perundangan Mahkamah Syariah dan perkara itu tidak boleh dibiarkan.
Hadi juga memberi amaran kepada kerajaan supaya tegas membela undang-undang syariah atau PN akan “bertindak”.
“Kalau PH tak nak bertindak kami akan. Bagaimana kami nak bertindak…tunggu dan lihat,” katanya.
Bagaimanapun, Hadi yang juga timbalan pengerusi PN tidak menghuraikan lebih lanjut tindakan akan diambil mereka.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment