NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA mahu kerajaan kukuh STEM, elak masuk terlalu banyak elemen agama

Resolusi itu diluluskan 1,458 perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung selepas dibahaskan 16 perwakilan daripada 12 negeri serta wakil Wanita MCA dan Pemuda MCA. 


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung MCA ke-70 sebulat suara meluluskan lima resolusi meliputi hal ehwal parti, politik, kerajaan, ekonomi dan pendidikan.

Resolusi itu diluluskan 1,458 perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung itu selepas dibahaskan oleh 16 perwakilan daripada 12 negeri serta wakil Wanita MCA dan Pemuda MCA.

Satu daripada resolusi tersebut ialah menyokong Jawatankuasa Pusat parti melaksanakan perubahan dalaman parti, termasuk inovasi dalam penganjuran, promosi, latihan dan strategi bagi menangani cabaran dalam apa jua situasi politik.

Mengenai ekonomi, MCA menyeru kerajaan memberi perkhidmatan pengecualian visa enam bulan kepada pelancong dari China, India dan negara strategik lain bagi menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia, merangsang kapasiti penggunaan pasaran dan menggalakkan pembangunan sektor berkaitan pelancongan.

Parti itu turut menggesa kerajaan menggiatkan usaha dalam menyediakan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan meningkatkan produktiviti mereka, bagi memastikan PKS mempunyai kelebihan saingan dalam transformasi digital dan persaingan serantau.

Dalam hal politik, MCA meminta kerajaan perpaduan melaksanakan konsep Malaysia Madani dengan penyelesaian pragmatik dan mengamalkan dasar yang mencerminkan kepelbagaian, kesederhanaan dan kemajuan.

Berkaitan pendidikan, parti itu mahu kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan (KPM) menumpukan pada pengukuhan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan kemahiran hidup dalam kalangan pelajar serta mengelak memasukkan terlalu banyak elemen keagamaan dalam kurikulum itu.

Selaras pelaksanaan Undi18, MCA menghendaki KPM mengukuhkan pendidikan sivik dalam kurikulum sekolah menengah bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar mengenai sistem demokrasi, institusi awam dan pentadbiran negara.

MCA turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi dan pihak berkuasa universiti bekerjasama erat dengan industri bagi membangunkan kursus yang memenuhi permintaan pasaran dan memastikan daya saing dan kebolehpasaran pelajar selepas tamat pengajian.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo