NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mansuh GST punca cukai korporat tinggi, syarikat asing ‘lari’, kata Wee

Wee Ka Siong berkata GST lebih cekap namun perlu diperbaiki jika kerajaan ingin memperkenalkannya semula.


KUALA LUMPUR: Kadar cukai korporat tinggi yang menyebabkan syarikat asing enggan membuka perniagaan di Malaysia boleh diatasi dengan memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam).

Wee berkata kadar 24% disifatkan antara yang tertinggi di rantau ini berbanding negara jiran, Indonesia (21%) Singapura (17%), Brunei (18.5%) dan Kemboja serta Thailand masing-masing 20%.

Dakwanya, pemansuhan GST lima tahun lalu menjadi punca kenaikan cukai korporat menyebabkan syarikat asing enggan membuka perniagaan di Malaysia.

“Malaysia akan menjadi negara kurang daya tarikan untuk syarikat gergasi antarabangsa menubuhkan ibu pejabat serantau di sini.

“Dulu kita laksanakan GST supaya kita dapat turunkan lagi cukai korporat untuk menghampiri Singapura dan mampu bersaing dengan negara jiran untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan asing,” katanya di Dewan Rakyat.

Justeru itu, Wee mencadangkan kerajaan mengembalikan semula GST yang disifatkannya lebih cekap, namun mengakui pelaksanaannya mungkin perlu diperbaiki termasuk mengurangkan jumlah cukai .

“Kalau tak suka nama, tukarlah nama, pakailah apa nama (lain) dan lupakan kisah lama… kita masih boleh bagi pemberian tunai, kita boleh ‘zero rated’, kita boleh bagi pengecualian, kita turunkan daripada 6% kepada 4%, serta memperbaiki mekanisme untuk pulangan cukai.

“Saya rasa kita boleh buat, dan demi kepentingan negara ‘move on’, bawa balik GST,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo