Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Melawati pusat penempatan mangsa banjir. |
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114 orang daripada 36 keluarga malam ini berbanding 408 orang daripada 136 keluarga, pagi tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata setakat 8 malam, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar, lapor Bernama.
“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 101 orang daripada 33 keluarga manakala 13 orang daripada tiga keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah yang dibuka pada Khamis lepas telah ditutup sepenuhnya pada 6 petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment