NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia serahkan kepada Indonesia selesai isu jerebu



KUALA LUMPUR: Malaysia menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP), kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata surat berkenaan dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia susulan arahan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam Asean bagi menyelesaikan masalah jerebu merentas sempadan.

“Saya sudah mengutus surat kepada Indonesia, semalam perdana menteri mengarahkan kementerian untuk mengkoordinasi masalah jerebu ini.

“Susulan arahan itu, saya mengutus surat kepada rakan sejawat saya di Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM).

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat petang tadi, kualiti udara di dua kawasan di Sarawak berada pada tahap tidak sihat iaitu Sri Aman merekodkan bacaan IPU 138 manakala Serian mencatatkan 113.

Terdahulu, Nik Nazmi berkata Pavilion Malaysia akan diwujudkan pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023 (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 30 November hingga 12 Disember ini, bagi memaparkan penyelesaian domestik dalam menangani perubahan iklim.

Beliau berkata Pavilion Malaysia di COP28 itu juga akan menampilkan topik dan isu kritikal seperti peralihan tenaga yang adil, mitigasi, adaptasi dan kewangan yang mampan.

“Ia bukan hanya struktur fizikal, tetapi juga demonstrasi jelas komitmen dan kerja keras kita dalam menangani perubahan iklim. Ia akan merangkumi semangat kerjasama iaitu aspek penting dalam budaya Malaysia.

“Kita mahu menjadikan Pavilion (Malaysia) sesuatu yang menarik untuk dilawati dan dapat menceritakan kisah kita,” katanya.

Nik Nazmi berkata pavilion itu turut mempamerkan input daripada Panel Penasihat Perubahan Iklim dan Panel Perundingan Perubahan Iklim, yang ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan bagi meningkatkan penyertaan Malaysia pada COP28.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo