NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia berdepan krisis keyakinan pelabur, kata Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob berharap kerajaan memulihkan negara pada landasan tepat.



KUALA LUMPUR: Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) meluahkan kebimbangan terhadap prestasi ekonomi negara, sambil menegaskan Malaysia berdepan krisis keyakinan pelabur amat serius.

Bekas perdana menteri itu merujuk nilai ringgit yang terus merudum, iaitu prestasi terburuk dalam tempoh 25 tahun, selain indeks Bursa Malaysia yang kekal pada paras 1,400 mata.

“Saya berharap kerajaan bertindak segera bagi memulihkan kembali keadaan untuk memastikan ekonomi negara bergerak pada landasan tepat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Pada 19 Okt, Bloomberg melaporkan mata wang Malaysia jatuh 0.3% kepada 4.7635 berbanding dolar, prestasi terburuk sejak 1998.

Hari ini, ringgit didagangkan pada 4.7680 berbanding dolar.

Sementara itu, Ismail turut mempersoalkan apakah hasil siasatan terhadap lima syarikat yang dikatakan menjadi kartel menentukan harga makanan ayam yang disiasat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ketika zaman pentadbirannya.

Sebelum ini, MyCC dilaporkan berkata akan mengeluarkan keputusan terhadap lima syarikat itu pada suku ketiga tahun ini.

“Kenapa mengambil masa yang terlalu lama dan apa keputusannya?,” soalnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pemerintah untuk meneruskan bantuan musim tengkujuh (BMT) sebanyak RM800 kepada penoreh getah yang tidak dapat menoreh pada musim tengkujuh.

“Saya tidak nampak sebarang insentif untuk penoreh getah sewaktu musim tengkujuh pada tahun hadapan,” katanya.

Bantuan itu diilhamkan oleh beliau ketika mentadbir Putrajaya dan diteruskan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2023.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo