KUALA LUMPUR - Mahasiswa Progresif Universiti Malaya menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran universiti itu berhubung tindakan menaikkan yuran perkhidmatan secara senyap tanpa sebarang notis dikeluarkan.
Presidennya, Nurul Afrina Rosli berkata, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan secara tiba-tiba tanpa sebarang pemberitahuan.
Justeru, pihaknya menggesa agar segala keputusan yang melibatkan hal ehwal mahasiswa perlulah telus tanpa menyelindungi sebarang maklumat yang dapat mengancam kebajikan hal ehwal pelajar.
“Kami menegaskan kebajikan pelajar adalah mustahak dan diletakkan sebagai keutamaan, maka ia tidak boleh sewenang-wenangnya diperkecilkan dek kerakusan pihak atasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment