NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih baik MCA ‘di luar’ kerajaan, kata bekas naib presiden



PETALING JAYA: Seorang bekas naib presiden MCA berkata lebih baik parti itu kekal di luar kerajaan, di sebalik desas-desus rombakan Jemaah Menteri bakal berlaku.

Ti Lian Ker berkata, MCA wajar berfungsi sebagai “semak dan imbang yang amat diperlukan”, walaupun terus menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim.


“Kita perlukan kerajaan lebih ‘sihat’, yang mampu menerima kritikan dan kebenaran,” katanya di X, yang dulu dikenali sebagai Twitter.

Ti yang juga bekas timbalan menteri mengulas laporan FMT bahawa Timbalan Presiden MIC M Saravanan mungkin dilantik semula sebagai menteri.


FMT turut melaporkan wakil MCA dan MIC mungkin dilantik sebagai menteri.

Ketika dihubungi, Ti berkata kerajaan perpaduan memfokuskan terhadap membina akar umbi Melayu. Menurutnya, walaupun memahami alasan di sebalik keputusan Putrajaya itu, beliau menganggap usaha kerajaan ini menjejaskan pengundi bukan Melayu.

“Tiada sesiapapun memandang kebimbangan golongan minoriti, jadi MCA perlu memenuhi peranan itu.”

Ti berkata, tiada sesiapa pun dapat mengharapkan Perikatan Nasional berbuat demikian, kerana parti bukan Melayu seperti Gerakan tidak akan mahu menjejaskan rakan gabungan.


Katanya, atas sebab itu juga DAP kini lebih “berlembut”.

“Dari segi politik ini tidak ‘sihat’. Kita perlukan orang yang mampu memberikan kritikan secara konstruktif tanpa bimbangkan kesan negatif.

“Apabila tidak menjadi sebahagian daripada pentadbiran, MCA dalam kedudukan yang mampu menyuarakan kebimbangan golongan minoriti.”


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo