NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laungan 'jahanam Israel' bergema

Kelihatan bendera gergasi Palestin diusung oleh puluhan peserta sepanjang Himpunan Solidariti Demi Gaza dan Palestin di Kuala Lumpur pada Jumaat . Foto: FB Majlis Belia Malaysia



KUALA LUMPUR - Kehadiran peserta Himpunan Solidariti Demi Gaza dan Palestin yang diadakan pada Jumaat semakin bertambah berbanding himpunan hampir sama pada Jumaat lepas.

Bukan sahaja bendera Palestin yang berkibar dibawa peserta, malah bendera gergasi Palestin diusung oleh puluhan peserta sepanjang perhimpunan kali ini.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat di bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak dekat sini, kumpulan himpunan solidariti dihadiri kira-kira 200 orang itu bergerak menuju ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang terletak tidak jauh daripada bangunan Tabung Haji.

Selain rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hadir menyatakan sokongan terhadap bumi Gaza, rakyat Palestin yang berada di negara ini turut sama menyertai himpunan aman tersebut.

Membawa anak kecil berselendang bendera Palestin, laungan 'jahanam Israel' bergema di sepanjang perhimpunan yang berakhir jam 3.30 petang.

Malah hujan seketika ketika perhimpunan berlangsung tidak menghalang orang ramai daripada terus berdiri tegak berhampiran kedutaan AS.

Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin belia Islam memberi ucapan dengan penuh semangat.

Tidak ketinggalan, bekas ahli politik terkemuka, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua serta aktivis sosial, Hishamuddin Rais melaungkan ucapan dan gesaan agar kerajaan Amerika Syarikat berhenti daripada terus menyokong Zionis Israel.

Beberapa pemimpin utama parti dan bekas ahli politik terkemuka negara hadir menyatakan sokongan iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali.


Sumber I Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo