NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kuat kuasa kerusi keselamatan kanak-kanak segera, gesa pesuruhjaya Suhakam




PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan segera menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak susulan satu kejadian seorang kanak-kanak tercampak dari kenderaan ketika pusingan U.

Pesuruhjaya Kanak-kanak Farah Nini Dusuki berkata penggunaan kerusi keselamatan dapat mengurangkan jumlah kematian di jalan raya melibatkan kanak-kanak, dan percaya kejadian dapat dielakkan sekiranya ia dititikberatkan.

“Perkara ini sepatutnya dijadikan amalan namun tidak diendahkan tanpa mengira kemungkinan kemalangan yang akan berlaku,” katanya dalam kenyataan.

“Ibu bapa dan pemandu kenderaan diingatkan untuk sentiasa memastikan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak.”

Semalam, tular sebuah rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki terjatuh dari sebuah kereta yang dinaiki dan dilanggar oleh dua kereta membuat pusingan U di lampu isyarat.

Pada Dis 2019, kerajaan mengumumkan untuk menguatkuasakan tindakan saman selepas tamat tempoh enam bulan pendidikan kesedaran penggunaan kerusi keselamatan, mulai Januari 2020.

Bagaimanapun, pada Ogos tahun seterusnya, kerajaan dilapor menangguhkan penguatkuasaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan sehingga akhir tahun.

Jun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah mengesahkan kerajaan masih mengkaji penguatkuasan bagi penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan biarpun usul mengenainya telah diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Katanya, pihaknya lebih fokus kepada advokasi berbanding penguatkuasaan, buat masa ini.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo