- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) larang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang Minggu Solidariti Palestin.
- KPM dalam kenyataan menegaskan, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme.
- KPM meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu mengikuti panduan penganjuran ditetapkan.
- “KPM menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang mendokong isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, seyembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian,” katanya hari ini.
- Terdahulu, tular rakaman video di media sosial mengenai program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melarang sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang Minggu Solidariti Palestin.
KPM dalam kenyataan menegaskan, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme.
Dalam hal itu, KPM meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang ditetapkan.
“KPM menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang mendokong isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, seyembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian.
“(Ini termasuk) kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin di sepanjang pelaksanaan program ini,” katanya hari ini.
Terdahulu, tular rakaman video di media sosial mengenai program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.
Namun, KPM mengesahkan video tersebut dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan pihak kementerian.
“KPM menggalakkan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya yang dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober hingga 3 November 2023 perlu dijadikan platform mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling menghormati.
“Ia bertujuan mendidik murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat,” katanya hari ini. – UTUSAN
Sumber : Utusan Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment