PETALING JAYA: Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (Umany) mengkritik Menteri Pendidikan Tinggi Khaled Nordin kerana tidak mengendahkan pelajar yang terjejas dengan dasar baki sifar.
“Persetujuannya dengan dasar hutang pelajar universiti menunjukkan dia kurang simpati terhadap kesusahan pelajar dalam membayar yuran mereka,” kata badan pelajar itu dalam satu kenyataan hari ini.
Khaled semalam mempertahankan dasar itu sambil berkata universiti terbabit percaya sesetengah pelajar mampu dari segi kewangan untuk membayar yuran mereka tetapi dengan sengaja tidak berbuat demikian.
“Pada 2021, hutang pelajar UM meningkat sebanyak RM10.21 juta kepada RM37.34 juta. Ini melonjak kepada RM51.2 juta setakat Jun 2023,” katanya di Dewan Rakyat.
“Ini adalah jumlah yang sangat besar memandangkan pengurangan dalam geran pengurusan dan hasil lain, termasuk hasil daripada yuran pengajian, dan peningkatan kos operasi.
“Jika tiada campur tangan dilakukan, hutang pelajar akan terus meningkat dan ini boleh menjejaskan operasi universiti.”
Sebelum dasar baharu itu, pelajar dibenarkan menjelaskan yuran mereka sebelum mengambil peperiksaan, bukannya sebelum mendaftar, yang membolehkan mereka mencari kaedah untuk menyelesaikan yuran mereka melalui kerja sambilan atau biasiswa.
Bulan lalu, UM menjelaskan hanya kurang 4% pelajar berkemungkinan terkesan daripada polisi kutipan hutang pelajar, yang memerlukan mereka menjelaskan yuran sepenuhnya untuk mendaftar.
“Walaupun dakwaan bahawa peratusan kecil pelajar akan terjejas oleh dasar itu adalah benar, mereka tidak sepatutnya diabaikan dan harus diberi alternatif, yang UM tidak umumkan secara terbuka,” kata Umany.
Ia berkata Khaled memilih kedudukan kewangan UM berbanding kemudahan pendidikan pelajar, dan telah gagal menunaikan tanggungjawabnya kepada generasi akan datang.
“Umany ingin mengulangi pendiriannya bahawa dasar baki sifar mesti dimansuhkan, untuk hak sama rata terhadap pendidikan yang layak diterima oleh penerus masa depan negara ini, sistem pendidikan yang tidak mendiskriminasi golongan miskin dan laluan pendidikan lebih mantap yang harus dijamin kerajaan,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment