KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial yang juga usahawan Khairul Aming menyumbang RM100,000 kepada rakyat Palestin yang kini berhadapan dengan serangan Israel.
Menurut Khairul Aming wang hasil jualan Sambal Nyet tersebut disumbangkan kepada Tabung Cinta GAZA Malaysia (CGM) bagi memantu rakyat Palestin.
Beliau berharap rakyat Malaysia turut menyumbang kepada tabung tersebut bagi memenuhi sasaran kutipan RM10 juta yang diperlukan oleh masyarakat Palestin sebagai persiapan menghadapi musim sejuk.
“Sumbangan ini datang daripada sokongan anda semua selama ni. Dalam masa yang sama I want to help CGM untuk penuhkan kutipan derma RM10 juta.
“Yang diperlukan untuk bantuan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan mencari dan menyelamat serta lain-lain lagi.
“Buat masa sekarang sudah RM6 juta terkumpul. Tak lama lagi bumi GAZA akan masuk musim sejuk,” katanya.
Menurut Khairul Aming, sumbangan RM100,000 berkenaan telah diberikan kepada CGM hari ini.
“Kalau anda tak dapat menderma, jangan sesekali risau yang penting kita bantu dengan doa, ambil tahu dan sebarkan kesedaran sebanyak yang mungkin.
“Semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan amin,” katanya dalam platform X.
Mengikut laporan, seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza.
Jurucakap Ashraf al-Qidra berkata, kebanyakan yang terbunuh pada Sabtu terdiri kanak-kanak dan wanita.
Sejak 7 Oktober lepas, Israel melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza yang memusnahkan kawasan kediaman.
Serangan itu juga menyebabkan ribuan penduduk terkorban dan cedera dengan hampir 40 peratus daripada mangsa terdiri kanak-kanak dan wanita.-MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment