NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan sendiri tidak terima produk tempatan



KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Amzad Mohamed (PN- Kuala Terengganu) mendedahkan dilema yang dihadapi produk hasil teknologi tempatan yang sukar diterima oleh kerajaan sendiri walaupun mempunyai teknologi yang hebat.

Menurutnya, kerajaan menerusi pelbagai dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) membiayai banyak penyelidikan yang menghasilkan pelbagai produk yang bagus.

“Kebanyakan berjaya dipasarkan di peringkat antarabangsa dan dijual kepada kerajaan luar, tetapi masih ramai yang mengadu bahawa mengapa susah sangat produk ini boleh diterima oleh kerajaan sendiri,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhubung perancangan kementerian untuk menggalakkan perolehan kerajaan agar memberikan keutamaan kepada teknologi tempatan.

Ahmad Amzad berkata, kementerian perlu mengenal pasti faktor yang menyebabkan produk tersebut tidak diterima untuk dipasarkan.

“Antaranya produk tulang sintetik ciptaan anak tempatan, produk ini mendapat kelulusan sijil halal dan sangat memerlukan bantuan kerajaan dari sudut penerimaan.

“Kita mendengar Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia sejak dulu lagi, namun apakah MOSTI mengenal pasti faktor-faktor lain yang sebenarnya menyebabkan kesukaran untuk menerima produk teknologi tempatan,” katanya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, cabaran ke arah pengkomersialan agak besar melibatkan pihak kerajaan dan swasta.

“Namun usaha tersebut telah dimulakan sejak beberapa tahun yang lalu seperti program Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY),” katanya. – HARAKAHDAILY 24/10/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo