NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan negeri akan pastikan kenaikan cukai harta tidak membebankan rakyat - MB Johor



JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor akan meneliti dan mempertimbangkan kaedah dan kadar kenaikan cukai harta yang bakal dilaksanakan bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai notis kenaikan kadar taksiran cukai harta yang akan dikuatkuasakan bermula Januari tahun depan.

“Sejak akhir-akhir ini kerajaan negeri sering mendapat maklum balas daripada rakyat tentang kenaikan kadar taksiran cukai harta yang akan dinaikan tidak lama lagi.

“PBT terlibat ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).

“Cukai harta atau cukai taksiran yang tidak dinaikkan di Johor sejak tahun 2013 adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar termasuklah tanah kosong di dalam kawasan PBT mengikut kuasa yang diberikan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Onn Hafiz, kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap isu rakyat dan berdasarkan maklum balas pelbagai pihak, kerajaan negeri akan meneliti dan mempertimbangkan kaedah dan kadar terbaik. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo