NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan kes Lokman Adam tangguh 7 November



KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menangguhkan keputusan kes membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa telah menyebar berita palsu berkaitan Covid-19 kepada 7 November depan. 

Hakim Mahkamah Sesyen, N Priscilla Hemamalini dimaklumkan nota keterangan pada akhir kes pendakwaan masih belum lagi disediakan.

Lokman sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook menggunakan profil ‘Lokman Adam’ dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam pada 1 Oktober 2021. 

Beliau mendakwa melalui video bahawa kemasukan warga India ke Malaysia yang menjadi penyebab penyebaran virus Covid-19 pada jam 10.55 malam, 3 Mei 2021.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Namun pada 23 Jun lepas, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Lokman daripada satu lagi pertuduhan berkaitan menyebarkan berita palsu di laman media sosial sama tentang kematian seorang pegawai polis akibat vaksin pada Mei 2021. 

Pendakwaan sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi ketika ini. – MalaysiaGazette 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo