NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

kenyataan jumlah miskin tegar oleh PM mengelirukan



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan jumlah miskin tegar kini hanya 18,000 orang.

Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Perikatan Nasional) mendakwa jumlah terkini yang disebut ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada minggu lalu sebagai mengelirukan apabila jumlah berkurang mendadak berbanding jumlah miskin tegar yang diumum pada tahun lalu.

“Ini kenyataan yang amat mengelirukan, kalau kita rujuk pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari beliau ada menyebut jumlah miskin tegar 300,000 orang.

“Daripada kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 16 Julai 2023 disebut jumlah miskin tegar yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah 210,000.

“Tiba-tiba daripada Julai sehingga Oktober, PMX sebut tinggal 18,000 miskin tegar saya amat meragui kenyataan ini sangat tidak munasabah daripada jumlah itu sepanjang empat bulan,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, sepatutnya jumlah rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar dalam negara semakin meningkat apabila sebelum ini dilaporkan golongan T20 menjadi B40.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Anwar menjelaskan formula yang digunakan oleh kerajaan sekiranya benar telah berjaya menurunkan jumlah golongan miskin tegar dalam tempoh beberapa bulan.

“Sedangkan fakta, hakikatnya kita tahu keadaan ekonomi rakyat pada masa kini amat susah. Kenyataan jelas mengatakan ramai T20 jatuh kepada B40 dan ramai B40 jadi msikin tegar.

“Jadi faktanya adalah jumlah miskin tegar kini meningkat. Jadi saya amat meragui dan menyangkal kenyataan beliau,” katanya.

Sementara itu, beliau membidas tindakan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan yang menafikan manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya lalu untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Tegasnya, perkara tersebut jelas ditulis dalam manifesto parti berkenaan.

“Di sini saya ingin menjelaskan perkara ini supaya tidak diulang oleh Hulu Langat dan membuat bising di dalam dewan. Manifesto PH untuk menghadapi PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) di bawah reformasi Pendidikan bertajuk Janji Kita di bawah penghapusan hutang PTPTN ini jelas manifesto PH.

“Saya harap perkara ini boleh diterima oleh Hulu Langat dan rakyat sudah pasti menuntut PH melaksanakan janji-janji yang dicatatkan dengan jelas dalam menifsto PRU-15,” ujarnya.-MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo