Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menyifatkan langkah kerajaan campuran mengumumkan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan memberi kesan besar kepada rakyat yang sudah dibebani kenaikan kos sara hidup ketika ini.
Ketuanya, Shahir Adnan berkata langkah tersebut akan membawa ‘malapetaka ekonomi’ kepada rakyat dan negara di saat nilai ringgit semakin lemah.
Malah kuasa beli rakyat turut akan berkurang akibat kesan langsung kenaikan harga ayam kerana bahan mentah bagi pembuatan makanan ternakan yang diimport seperti jagung dan soya sudah naik melambung, ujarnya lagi.
Menurutnya, alasan menamatkan subsidi ayam semalam tidak disusuli dengan statistik dan data.
“Menamatkan subsidi bermakna harga ayam akan diapungkan berdasarkan kondisi pasaran termasuklah bagaimana keadaan permintaan dan pengeluaran mempengaruhi harga. Akibatnya, harga ayam bakal naik mendadak.
“Percayalah, menteri bertanggungjawab akan menyalahkan situasi ekonomi dunia apabila harga ayam meningkat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shahir berkata, jika sebelum ini, rakyat yang susah dapat menikmati hidangan ayam dan telur sebagai sumber protein namun selepas ini rakyat hanya mampu makan telur sebagai sumber protein.
Ujarnya, peniaga restoran juga bakal terkesan dengan peningkatan harga ayam yang akibatnya akan menyebabkan harga makanan bakal melonjak tinggi.
“Solusi jangka pendek yang populis seperti jualan ayam harga Rahmah untuk beberapa puluh ekor pada masa terhad hanyalah retorik politik.
“Tahun hadapan apabila cukai perkhidmatan dinaikkan dari enam peratus kepada lapan peratus, kecuali makanan, minuman dan telekomunikasi ia akan menyebabkan kos bagi semua itu turut akan meningkat. Ini adalah kesan langsung atau domino effect (kesan domino) yang bakal berlaku,” tambahnya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment