Setiausaha UMMAH Selangor, Mohd Yusof Abdullah berkata perkara ini sangat mengejutkan. Itulah reaksi pertama beliau apabila terdapat keputusan pengilang untuk membeli padi dari pesawah jauh lebih rendah iaitu RM1250 per tan dari sebelumnya RM1,700/tan.
Menurutnya, untuk menghasilkan padi bukan semudah yang difikirkan apatah lagi industri padi dan beras negara sangat bergantung kepada aktiviti para petani dan pesawah.
Selain itu, seperti mana yang kita ketahui, jangkamasa memperolehi hasil tuaian padi memerlukan jangka masa yang agak panjang. Ditambah pula, peningkatan kos pengurusan seperti membajak, pembelian baja dan racun serta harga benih padi yang semakin mahal.
Pada 3 Oktober lalu, harga padi kembali terjejas apabila harga belian padi ditetapkan oleh pengilang pada RM1,250 setiap tan berbanding RM1,700/tan sebelum ini.
“Penurunan harga sejak daripada itu menyebabkan pesawah tidak berpuas hati apabila mereka mengalami pengurangan pendapatan yang amat ketara sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
“Pemotongan oleh pihak pengilang dan pemborong padi swasta yang tinggi hingga melebihi 20 hingga 30 peratus bagi 1 tan padi,” jelasnya kepada HarakahDaily.
Justeru, ujar beliau, sebagai seorang anak petani daripada 13 orang adik-beradik yang membesar dengan hasil pertanian, menjadi petani secara konvensional tidak memberi jaminan pulangan yang lebih baik.
Perkara ini jelas akan menekan kehidupan mereka yang terpaksa menanggung kos terutama berdepan cabaran hidup ketika ini.
“Tidak mustahil, para petani/pesawah akan meninggalkan penanaman itu dan beralih kepada pertanian kontan yang banyak dilakukan oleh pesawah di kawasan barat Laut negeri ini.
“Perkara ini juga secara tidak langsung mendorong anak-anak muda berhijrah meninggalkan kampung halaman dan kegiatan pertanian yang diwarisi ibubapa mereka,” luahnya.
Mohd Yusof berkata, pihak kerajaan yang mentadbir pada masa kini melalui agensi-agensi berkaitan bukan sahaja wajib melindungi golongan petani dan pesawah. Malah perlu mengangkat tahap pekerjaan mereka lebih tinggi iaitu sebagai wira negara.
“Jangan sesekali bertindak sehingga menghancurkan semangat mereka. Kekalkan dan tingkatkan subsidi, bantu mereka melonjakkan pendapatan dan jangan menekan mereka dengan tindakan provokatif seperti pemotongan harga yang tidak wajar dilakukan kepada para petani dan pesawah.
“Oleh itu, saya mewakili UMMAH Selangor dan NGO Kota Raja Care bersolidariti bersama golongan petani yang terkesan dan menyokong sebarang usaha membela nasib mereka yang teraniaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. . – HARAKAHDAILY 13/10/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment