NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kawalan penangkapan ikan: Kerajaan ketatkan permohonan lesen tangkapan

Kerajaan tidak menggalakkan nelayan di zon A dan B berhijrah ke zon C iaitu laut dalam.


KUALA LUMPUR: Syarat ketat untuk memohon lesen menangkap ikan dibuat untuk melindungi sumber makanan laut negara bagi mengelakkan tangkapan tidak terkawal, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

Beliau berkata, ketika ini penempatan nelayan di zon A dan B iaitu pesisir pantai kurang 12 batu nautika mencapai tahap maksimum.

“Secara dasar kita tak mahu berlaku ‘over fishing’ di zon A dan zon B….sekarang di zon B pun kita menggalakkan satu ‘exit policy’ bahawa mengawal cara pukat tunda,” katanya di Dewan Rakyat.

“Kalau kita nak membenarkan lebih ramai nelayan ambil bahagian dalam aktiviti ini kemungkinan berlaku isu sumber protein tidak bersifat mampan.”

Beliau berkata kerajaan juga tidak menggalakkan nelayan di zon A dan zon B berhijrah ke zon C, iaitu laut dalam.

Chan menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang berkongsi aduan diterima di kawasannya di Pantai Kundur, Tangga Batu, mengenai proses kelulusan lesen yang lama, malah ada yang tidak diluluskan.

Zon A (gigi air paras paling surut hingga lima batu nautika); zon B (lima batu nautika hingga 12 batu nautika), sementara zon C (12 batu nautika ke atas).


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo