KUALA LUMPUR - Cadangan kerajaan untuk tidak melaksanakan lagi kawalan harga sementara bagi telur dan ayam adalah bagi memastikan pasaran tempatan boleh berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan bahan makanan itu di pasaran. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, memandangkan trend semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur telah kembali stabil dan harga pasaran semasa kini adalah lebih rendah, kawalan harga siling sebenarnya tidak lagi relevan.
"Perlu tahu, pengeluaran telur dan ayam di Malaysia sebenarnya telah lama mencapai tahap sara diri (SSL) namun menghadapi sedikit gangguan rantai bekalan pada penghujung tahun lepas. Menerusi beberapa langkah intervensi kerajaan, sektor penternakan ayam daging dan ayam telur telah kian kembali normal,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Pengumuman itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen selepas dua tahun kawalan harga sementara bagi telur dan ayam itu dilaksanakan. Foong Hin berkata, sejak Februari 2022, kerajaan telah menanggung RM3.8 bilion hanya untuk subsidi telur dan ayam.
Beliau berpandangan sektor pertanian adalah bersifat komersial yang perlu dikembangkan secara berterusan dan berfungsi mengikut kuasa pasaran.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment