KUALA LUMPUR - Pemasangan Kamera Pengawasan Lampu Isyarat atau 'red light surveillance camera' di seluruh negara akan pertingkat pematuhan peraturan lampu isyarat.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, pemasangan kamera terbabit telah dilaksanakan sejak tahun 2014 di persimpangan yang kerap berlaku perlanggaran undang-undang jalan raya.
Menurutnya, pemasangan kamera yang beroperasi 24 jam itu diharap mampu mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas.
"Mana-mana pengguna kenderaan yang melanggar lampu isyarat merah, kamera ini akan merakam gambar kesalahan yang dilakukan tidak kira siang atau malam.
"Pihak JSPT akan menghantar notis pemberitahuan saman ke alamat rumah pemilik kenderaan terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, lampu isyarat merupakan penunjuk atau arahan lalu lintas kepada pengguna kenderaan mahu pun pejalan kaki.
Jelasnya, bagi memastikan aliran trafik bergerak lancar dalam laluan yang selamat terutama di persimpangan jalan, ia terbahagi kepada tiga warna asas iaitu hijau untuk meneruskan perjalanan, kuning sedia untuk berhenti dan merah untuk berhenti.
"Bagaimanapun, masih ada pengguna kenderaan yang tidak mematuhi peraturan lampu isyarat sekali gus meningkatkan risiko kemalangan sehingga membahayakan nyawa.
Justeru, kamera ini telah dipasang oleh PDRM melalui JSPT di persimpangan jalan yang kerap berlaku perlanggaran undang-undang dan kemalangan agar mampu mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas," ujarnya.
Tegasnya, JSPT mengingatkan kesemua pengguna jalan raya untuk patuhi lampu isyarat.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment