NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaji laksana GST, bawa ke Kongres Ekonomi Bumiputera, gesa MTEM

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST, yang dimansuhkan pada 31 Ogos 2018, pada kadar 2% hingga 3% di peringkat permulaan. 


KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan mengkaji pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), termasuk membawa cadangan itu ke Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) tahun depan.

Pengerusi MTEM, Norsyahrin Hamidon, berkata pada peringkat awal, kerajaan boleh melaksanakan GST pada kadar lebih rendah 2% hingga 3%, yang juga dapat membanteras kegiatan ekonomi gelap.

“Apabila kerajaan dapat kutip (cukai) daripada ‘ekonomi bawah tanah ini’, dapatlah ia menjadi tabungan besar dan tabungan itu dapat beri insentif kepada B40 dan M40, berpatah balik kepada rakyat kita.

“Kalau tidak, ahli perniagaan yang patuh kepada undang-undang, bayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sampai 8% dan (hasil) yang bawah ini terus hilang, berbilion-bilion hilang,” katanya dalam sidang media di Anjung Melayu di sini.

Sebelum ini, beberapa pihak turut dilaporkan membuat gesaan sama, termasuk bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mahu kerajaan mempertimbangkan pengenalan semula GST pada 2026 sebagai sebahagian pembaharuan struktur ekonomi kerajaan.

Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin pula dilaporkan berkata pengenalan semula GST cara “paling mudah” untuk menambah dana negara.

GST julung kali dilaksanakan pada 1 April 2015, tetapi menjadi isu hangat tiga tahun kemudian pada PRU14, dan menjadi pusat naratif yang menyebabkan Pakatan Harapan (PH) berjaya menggulingkan Barisan Nasional (BN) untuk menawan Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, Norsyahrin bimbang ramai warga asing kini “menjadi tuan kepada banyak sektor di Malaysia” menerusi pemilikan perniagaan kerana ada kalangan rakyat terpaksa mengharapkan belas ihsan mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

“Kita pun tidak tahu bagaimana mereka boleh memiliki kedai ini, mereka ‘sublet’ ke, atas tangan ke, tetapi sekiranya menjalankan perniagaan tanpa lesen, cukai tidak dikenakan. Boleh dikaitkan dengan perjuangan (MTEM) sekarang (kekang ekonomi gelap).”


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo