NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kafir menjelaskan seseorang itu bukan beragama Islam



SHAH ALAM: Perkataan kafir bukan satu istilah yang jijik dan keji, sebaliknya ia menjelaskan dari sudut akidah menggambarkan seseorang itu bukan beragama Islam.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam konteks Islam ia menjelaskan seseorang itu bukan beragama Islam.

“Kafir dalam bahasa Arab bermaksud menutup, jadi Islam datang membuka kebenaran.

“Untuk makluman orang bukan Islam yang berada di bawah naungan pentadbiran Islam, kita wajib bertanggungjawab menjaga lima perkara iaitu nyawa, harta, maruah, diri dan budaya.

“Sebab itu sekiranya mereka berada di bawah naungan kita wajib pertahankan lima perkara tersebut,” katanya pada sidang media sempena Muktamar PAS di IDCC, hari ini.

Media melaporkan bahawa Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Lim Lip Eng menggesa pemimpin PAS berhenti memanggil orang bukan Muslim sebagai kafir kerana menganggap ia memberi persepsi buruk kepada kaum lain.

Oleh itu Tuan Ibrahim berkata, terpulang kepada mereka untuk menerima atau tidak istilah kafir kerana dalam Islam ada tiga kategori iaitu kafir yang memusuhi Islam, kafir tidak memusuhi Islam dan ada perjanjian damai dengan Islam.

“Maka selagi mana mereka memegang perjanjian damai itu, wajib orang Islam pegang perjanjian tersebut,” ujarnya.

Menurutnya juga Islam tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk menerima Islam. – HARAKAHDAILY 21/10/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo