NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Johari cadang naik harga siling atasi kekurangan beras

Johari Ghani menyarankan kerajaan membenarkan harga siling beras dinaikkan kepada RM32 setiap 10kg daripada kadar semasa RM26.


KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan mencadangkan harga siling beras tempatan dinaikkan bagi menggalakkan petani menanam lebih banyak padi untuk mengatasi kekurangan bekalan semasa.

Johari Ghani (BN-Titiwangsa) menyarankan kerajaan membenarkan harga siling beras dinaikkan kepada RM32 setiap 10kg daripada kadar semasa RM26.

Katanya, apabila penanaman padi menguntungkan petani, syarikat besar akan menyertai sektor itu secara langsung dan membantu membangunkannya.

“Kalau tidak, sampai bila-bilalah kita akan berdepan dengan soal ini,” kata bekas menteri kewangan kedua itu di Dewan Rakyat ketika membahas taklimat kerajaan berhubung isu kekurangan beras.

Beliau berkata, kekurangan beras ketika ini menjejaskan 3.2 juta isi rumah B40 di seluruh negara.

Beliau memberi contoh Vietnam dahulunya pengimport beras, tetapi kini menjadi pengeksport beras ketiga terbesar dunia disebabkan keuntungan dalam sektor penanaman padi bagi petani dan industrinya.

“Dalam isu ini, saya nak kalau boleh pihak kementerian melihat, mengambil kira bagaimana kita nak galakkan industri ini sebab ini satu-satunya industri yang kita ada peluang untuk sara diri.

“Gula tak boleh, tepung tak boleh, jagung tak boleh, kacang soya tak boleh sebab ini memang kita 100% import.”

Bulan lalu, FMT melaporkan Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin menggesa kerajaan menaikkan harga siling beras tempatan kepada RM34 setiap 10kg bagi mengatasi kekurangan bekalan.

Katanya, faktor kos menyebabkan pengilang tempatan tidak mengeluarkan beras kerana harga siling yang rendah RM26 setiap 10kg.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, dalam ucapan penggulungannya menyambut baik saranan Johari dan berjanji akan membawa cadangan tersebut ke Kementerian Kewangan sama ada kenaikan harga siling boleh dimasukkan dalam Belanjawan 2024 yang akan diumumkan Jumaat ini.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo