IPOH – Keputusan MIC Perak yang mengusulkan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan MIC tahun ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.
Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango berkata usul itu juga dibuat bagi memastikan usaha untuk menjenamakan semula parti dapat dilakukan agar MIC terus kuat dan diterima rakyat.
“MIC sekarang dalam usaha untuk menjenamakan semula parti dan di bawah pimpinan Presiden, Tan Sri S A Vigneswaran dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, kita ada rancangan-rancangan jangka panjang terhadap usaha itu.
“Selain itu, kita lihat sejak penggal lalu, kedua-dua pemimpin itu ada keserasian dan kerjasama yang baik. Pada masa sama, (usul itu dibuat sebagai usaha) kita tidak mahu wujud kem-kem dalam parti yang akan melambatkan proses menjenamakan semula parti.
“Selain menjemakan semula, malah kita mahu membina semula parti ini, dan disebabkan itu kita berpandangan dua jawatan itu tidak perlu dipertandingkan. Kita ada banyak kerja yang hendak dibuat (untuk parti),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Malam Kebudayaan dan Perpaduan Madani Sempena Deepavali 2023 anjuran Badan Perhubungan MIC Perak, di sini, malam tadi.
Ia turut dihadiri Menteri Besar, merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Sebelum itu media melaporkan MIC Perak senada dengan MIC Pahang dengan membawa usul agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan MIC 2024.
Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata beliau berterima kasih kepada MIC Perak, atas sokongan khususnya kepada Pengerusi MIC Perak, Elango kerana membawa usul berkenaan.
Selain itu, media juga melaporkan MIC Perak turut membawa lima lagi usul lain, antaranya pelantikan jawatan menteri dan timbalan menteri daripada MIC, bantuan pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada kaum India, serta peluang untuk pelajar India dalam bidang pendidikan. -MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment