NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Jangan tebuk kapal parti sendiri' - Abdul Hadi

Ahli Pas diingatkan tidak menjadi penebuk kapal yang mahu menenggelamkan kerajaan yang dikuasai parti itu. - Foto Facebook Haji Hanafiah Mat



SHAH ALAM - Ahli Pas diingatkan tidak menjadi penebuk kapal yang mahu menenggelamkan kerajaan yang dikuasai parti itu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, apa jua kelemahan parti perlu diperbaiki bukannya bertindak mendedahkannya kepada lawan.

“Ada juga ahli parti nak jadi penebuk kapal, ini tidak boleh. Jangan... kita kena pertahan parti kita perintah. Sebarang kelemahan kita tolong. Jangan dedah kelemahan itu... selesaikan kelemahan itu, jangan menolong musuh dan lawan.

“Ini terpakai di semua peringkat, khususnya calon muslimat yang menang. Muslimat kita tahu, peranan wakil rakyat sangat terbatas, ada tugas lain yang besar," katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-69 di sini pada Ahad.

Tambah beliau, setiap cawangan perlu memainkan peranan membantu sebagai wakil rakyat.

“Begitu juga kawasan wakil rakyat yang lemah, tiada kemampuan... ini penting untuk menjaga kerajaan yang memerintah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan kerajaan tidak boleh bertindak zalim dan membalas dendam kepada musuhnya.

Beliau mendakwa, Pas sudah berulang kali ditindas dan dizalimi, namun parti itu tetap bersabar dan menganggap ia sebagai 'pendidikan dalam perjuangan'.

“Kita sabar, kita anggap itu pendidikan dalam perjuangan kita. Jangan jadi macam Pakatan Harapan, membawa naratif, memutar belit kezaliman.

“Tak nampak zalim, padahal buat zalim, menguar-uarkan keadilan, tata kelola yang baik dan sebagainya,” ujarnya.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo