NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan sampai wakil pembangkang kena rayu dana, kata Ahli Parlimen DAP

Fong Kui Lun mengingatkan kerajaan bahawa faedah peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang akan dinikmati oleh penduduk di kawasan diwakilinya.



KUALA LUMPUR: Seorang backbencher Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan agar bertimbang rasa dan memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

“Tidak perlu minta mereka merayu kepada kerajaan untuk mendapatkan peruntukan,” kata Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) ketika perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

“Kalau semua Ahli Parlimen boleh dapat peruntukan, faedah akan dinikmati oleh penduduk di kawasan masing-masing.”

Fong turut menceritakan kesulitan dihadapi beliau dan Ahli Parlimen lain apabila tidak mendapat peruntukan ketika menjadi pembangkang.

Tambahnya, Ahli Parlimen pembangkang ada masanya terpaksa menolak permohonan penduduk yang meminta bantuan.

“(Sebagai) sebahagian daripada kerajaan Madani, saya mendapati tidak ada salahnya kerajaan memanjangkan peruntukan wakil rakyat kepada Ahli-ahli Parlimen (pembangkang) pada syarat dan kadar tertentu untuk meringankan beban rakyat yang tinggal di kawasan tersebut,” kata Ahli Parlimen DAP itu.

Fong berkata, Putrajaya harus mencontohi kerajaan Taiwan yang memberikan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen.

Fong membuat gesaan ini dalam pada Ahli Parlimen pembangkang memperhebat desakan untuk mendapatkan peruntukan sama rata daripada Putrajaya supaya mereka dapat berkhidmat kepada pengundi dengan lebih berkesan.

Dalam responsnya di Dewan Rakyat bulan lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen mesti berunding dengan kerajaan persekutuan jika mahukan peruntukan.

Bagaimanapun, cadangan Anwar itu malah diragui rakan partinya sendiri, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang percaya suhu politik negara boleh diredakan jika rakan sejawatnya di blok pembangkang mendapat peruntukan sama rata tanpa rundingan.

Dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini, Hassan berkata, sebagai seorang pemimpin dunia Islam yang dihormati, Anwar perlu bersikap adil dengan rakyatnya sendiri jika tidak mahu laungan “keadilan” di pentas antarabangsa dipertikai.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo