NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan pakai baju, mafela ‘Free Palestine’ di Mekah, Madinah

PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi berpesan kepada jemaah umrah negara ini supaya tidak sesekali memakai baju atau mafela ‘Free Palestine’ sewaktu berada di sana kerana ia salah di sisi undang-undang.

Wanita itu yang dikenali sebagai Masnira Ramli memberitahu, sudah ada jemaah yang ditangkap susulan kesalahan tersebut sekali gus dia menasihati jemaah umrah Malaysia supaya berhati-hati.

“Jangan pakai baju atau mafela ‘Free Palentine’ di Mekah, Madinah. Salah di sisi undang-undang. Dah ada jemaah yang kena tangkap terus ke ‘dalam’ sebab pakai. Hati-hati ya semua jemaah.

“Bukan negara ini tak support. Tetapi memang itulah undang-undangnya. Bukan tentang isu ini sahaja, apa-apa isu dalam negara atau sedunia pun tak boleh,” katanya pada hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Masnira berkata, berikutan undang-undang itu juga, tiada sebarang perarakan dapat dilihat di sana.

“Sebab itu kalian tidak pernah nampak apa-apa jenis perarakan pun di sini,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut menasihati agensi umrah Malaysia untuk mengingatkan jemaah masing-masing bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Jangan komen negatif di status saya. Ini hanya mesej ingatan bersama. Para agensi pelancongan, ingatkan jemaah kalian ya. Kasihan jemaah yang tak tahu. Tiba-tiba hilang terus ke ‘dalam’,” katanya. 

Sumber | KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo