NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Jangan cari kambing hitam, itu semua kuasa kementerian“ - MB Kedah




SUNGAI PETANI: Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kilang-kilang pengeluar beras yang melanggar peraturan serta menyimpan beras melebihi permit dibenarkan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bidang kuasa berkenaan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Saya tak ada kuasa nak arahkan, tapi ada juga netizen tanya kenapa MB tak pi periksa sendiri. Kerajaan negeri tak ada kuasa itu. Bidang kuasa tu berada di bawah KPKM,” katanya ketika ditemui selepas program Himpunan Solidariti Rakyat Palestine di Dataran Zero, di sini semalam.

Mengulas lanjut, jelas Sanusi terdapat 67 kilang di Kedah iaitu 15 daripadanya milik bumiputera, 41 bukan bumiputera dan 11 kilang Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dengan sembilan daripadanya tidak aktif.

Khamis lalu, media tempatan melaporkan terdapat lima buah kilang di Kedah diserbu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan penyelewengan pemberian subsidi kepada petani yang menjual beras tempatan kepada kilang dilesenkan.

Justeru tindakan SPRM itu mendapat pujian daripada Sanusi dan mengalu-alukan lebih banyak serbuan dilakukan terhadap kilang-kilang pengeluar beras untuk memastikan undang-undang serta peraturan dipatuhi.

“Terima kasih kepada SPRM tapi saya harap semua penguat kuasa kena tegas dan serius dalam kerja ini. Mana yang langgar peraturan tangkap, bungkus, tutup kilang itu. Saya cakap lama dah, cuma saya tidak diberi bidang kuasa itu.

“Saya juga sudah senaraikan hari itu perlu diserbu semua, Kawalselia Padi dan Beras (KPB), SPRM dan polis kena serbu tengok kilang-kilang simpan beras berdasarkan permit dia atau tidak,” tambahnya lagi.

Oleh itu katanya, agensi di bawah KPKM perlu membuat kajian terperinci mengenai sumber beras dan mengemas kini keperluan negara dari semasa ke semasa dan bukannya menjadikan Kedah sebagai ‘kambing hitam’ apabila berlaku krisis beras.

KPKM ujar beliau perlu memberi perhatian kepada rantaian beras (selesai tanam selesai tuai) serta memastikan semua yang terlibat mematuhi undang-undang.

“Dia (menteri) dok puji Sekinchan dan Seberang Perai kerana menghasil beras yang banyak. Bila ada masalah beras, dia tala ke kita (Kedah).

“Jangan cari kambing hitam, itu semua kuasa kementerian, dua tahun saya cakap ada kartel dalam industri padi, bila mahal baru sedar ada penyorokan jualan beras tempatan, meletup depa turun harga,” kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 14/10/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo