KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil bersedia menyahut cabaran Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat secara terbuka.
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.
“Bukan di dalam mesyuarat majlis tertinggi yang mana majoriti adalah orang Presiden yang dipilih atau dilantik oleh Presiden.
“Jika saya berdebat di gelanggangnya dan ‘salurannya’, itu berat sebelah dan tidaklah bijak.
"Saya bukanlah sebodoh yang dia sangka,” katanya menerusi Fcacebook pada Ahad.
Beliau bersedia melepaskan jawatan jika Presiden UMNO itu menang di dalam debat berkenaan.
“Namun jika saya menang, Datuk Seri boleh buat referendum parti atau buat pemilihan Presiden, atau fikirkan apa yang patut dibuat, jika Datuk Seri berani dan anak Jantan,” cabarnya.
Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid dalam wawancara eksklusif sebuah akhbar pada Ahad yang mencabar mana-mana pihak dalam UMNO yang tidak sependapat dengannya termasuk bekas ketua penerangan parti berdebat dengannya ‘kalau mereka anak jantan’.
Isham yang dikenali sebagai penyokong setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering menyuarakan pandangan berbeza mengenai hala tuju dan masa depan UMNO terutamanya daripada segi hubungan dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH).
“Saya sebenarnya sudah mahu fokus kepada perkara lain dan bukan kepada pertelingkahan saya dengan Presiden, namun pagi ini Presiden masih berbicara dan menyerang saya secara terbuka dalam akhbar.
“Oleh itu, saya terpaksalah jawab ‘pandangan dan serangan terbuka’ nya ke atas saya ini. Jika tidak, takkan saya sahaja perlu ‘ikut saluran’ untuk menegur, walhal orang Presiden dan Presiden sendiri boleh mengecam dan mengutuk sesama ahli secara terbuka di media walhal saya tidak pernah mengutuknya secara peribadi tetapi hanya membincangkan soal dasar dan hala tuju parti?
“Islam tidak suruh begini. Islam menyuruh kita mempertahankan diri apabila difitnah dan dikecam dengan pembohongan. Orang-orang presiden banyak berbohong untuk memburuk-burukkan saya. Sekejap lagi saya pasti mereka akan diarah mengecam saya lagi. Tidak mengapa, teruskan tugas anda, sekali sekala saya akan jawab jika ada masa,” ujarnya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment