Sindiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini terhadap pengkritik yang menyebut janjinya untuk menurunkan harga petrol adalah hanya bersandarkan ucapannya pada 15 tahun lalu ketika harga bahan api itu lebih murah, nampaknya memakan diri apabila platform media sosial dibanjiri dengan komen berhubung klip video janji yang sama dibuat beliau setahun lalu.
Anwar buat pertama kali merujuk kepada janji menurunkan harga bahan api di Dewan Rakyat bulan lepas, sebagai menjawab sindiran Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin.
Perdana menteri menuduh pengkritik memanipulasi ucapannya, berkata janji itu dibuat ketika harga bahan api global rendah, memberi contoh bagaimana satu liter petrol di Arab Saudi adalah 50 sen, manakala jumlah yang sama berharga RM2. 21 di Malaysia.
Anwar kemudiannya mengingatkan bahawa janji untuk menurunkan harga bahan api juga disokong oleh PAS, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyatnya.
“Jadi oleh itu, untuk terus menggunakan komen dan hujah yang kita buat bersama-sama dalam Pakatan Rakyat, tidak sebenarnya tepatlah,” katanya.
Ahli Parlimen PAS Idris Ahmad kemudian tampil mengingatkan Anwar bahawa beliau telah mengulangi janji yang sama baru-baru ini pada 2022, di mana Anwar terus membuat perbandingan dengan harga bahan api di Arab Saudi, dengan mengatakan ia ketika ini lebih tinggi berbanding Malaysia.
Ahad lalu, Anwar sekali lagi merujuk kepada sindiran bahawa beliau gagal menunaikan janji untuk menurunkan harga bahan api dengan mengatakan beliau dijadikan sasaran cemuhan.
"Tuan-tuan pun ada kata kat saya juga, saya tau," katanya ketika berucap di Universiti Teknologi Petronas pada 1 Oktober lalu.
Anwar mengulangi perbandingannya dengan harga bahan api di Arab Saudi, sambil menambah bahawa pengkritiknya harus menerima hakikat bahawa janjinya untuk menurunkan harga bahan api telah dibuat 15 tahun lalu.
"Pasal apa Arab Saudi boleh 50 sen dan kita tinggi sangat, kita pun kena turun la," katanya.
Anwar bagaimanapun gagal menutup mulut pengkritiknya selepas penjelasannya itu disambut dengan lebih banyak serangan di media sosial, apabila klip video ucapannya di kongres PKR tahun lepas tular di beberapa platform.
Dalam ucapan pada 17 April 2022, Anwar berkata Dr Mahathir Mohamad tidak menunaikan banyak janji reformasi sepanjang penggal kedua singkatnya sebagai perdana menteri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Beliau ketika itu berkata kerajaan PH di bawahnya akan menunaikan janji.
"Ramai yang sindir, pasal apa... 'menang hari ini, turun minyak esok'. Mengapa tak jadi? Mengapa tak jadi? Kita tak perintah. Saya tidak jadi perdana menteri, nak buat macam mana?"kata Anwar dalam video itu, sambil menambah bahawa tiada alasan untuk tidak menurunkan bukan sahaja harga bahan api tetapi juga minyak masak.
"Aku tak pandai la nak baca tarikh ni. Boleh tolong tengok?" tanya Ayie Smile membalas komen sebuah video di TikTok.
"Ni tahun 2022 sebelum Masihi ke? Sebab dia kata last (kali terakhir) minyak turun pada tahun 2008," sindir Mohd Amir Azahar, antara ramai pengguna media sosial yang menulis komen sarkastik.
"Ni kembar Anwar ke?" tanya Amri.
Kiriman di media sosial Anwar sendiri mengenai penjelasannya itu turut mencetuskan komen negatif pelayar internet.
"Semua rakyat tau PMX (perdana menteri ke-10) memang kaki spin (putar). Dia tak akan mengaku apa yang dia cakap," kata Mokhzan Ali di Twitter.
"15 tahun dulu? Habis siapa yang dalam video ini yang cakap tahun lepas?" tulis Saya Shousuke.
"Tak payah duk explain (jelaskan) la DS (Anwar). Pengikut DS terima ja semua apa DS kata, kes DNAA pun depa telan teruih (terus), apa sangat minyak turun ni," tulis pengguna Twitter Hafizul Hadzir.
MasIzzatQue mengingatkan Anwar tentang alasan PKR dulu bahawa harga bahan api di Malaysia sepatutnya rendah kerana ia adalah negara pengeluar minyak.
"So formula Malaysia sebagai negara pengeluar minyak (dan oleh itu) mustahil tak boleh turunkan harga dah tak boleh pakai lah?"
Ramai yang berkata perkara itu berpunca daripada janji Anwar.
"Itulah sebabnya orang memintanya. Ini adalah jalan yang berliku panjang untuk kamu mengekalkan kedudukan kamu jika kamu terus mengabaikan apa yang kamu telah janjikan," kata pengguna Twitter bernama MBA Trader.
Bagi Max Hafis, ada pengajaran dalam keseluruhan episod.
"Pengajarannya: jangan suka petik angka," tulisnya.
Sumber I MalaysiaNow
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment