NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hina Jata Negara: Bukit Aman sahkan editor buku kontroversi ditahan



PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM)  mengesahkan  penahanan  editor buku kontroversi berjudul “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia”, Kean Wong untuk disiasat berhubung dakwaan menghina Jata Negara. 

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah  Siasatan/ Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ya, dia ditahan hari ini, berkaitan kes hina Jata Negara. Siasatan dijalankan di bawah Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ringkas di sini hari ini. 

Terdahulu, portal tempatan melaporkan Kean dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat mengikut Akta Hasutan selepas ditahan  di pejabat imigresen Kelana Jaya semasa memohon pembaharuan pasport.

Pada 2020, PDRM menjalankan siasatan terhadap Kean berkaitan gambar kulit buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’, yang didakwa menghina Jata Negara.

Berdasarkan siasatan, penyunting buku itu memegang status Pemastautin Tetap (PR) Australia sejak lebih 10 tahun lalu sebelum dikesan menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia bersama keluarganya pada awal tahun 2020 dan dia kemudian kembali semula ke Australia.

Lapan penulis buku itu serta pereka grafik, pelukis muka hadapan serta penasihat jualan turut dirakam keterangan berkaitan kes tersebut. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- UTUSAN




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo