Ini menyaksikan kenaikan hanya sebanyak RM100 per metrik tan daripada harga lantai belian padi asal sebanyak RM1,200 per tan.
Perdana Menteri ketika mengumumkan kenaikan itu berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira rungutan pesawah padi apabila harga belian oleh pengilang diturunkan kepada tahap minimum RM1,200 per tan sejak 2014.
Namun ketika sidang media Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) Kedah di lobi Parlimen sebelum pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan diminta menetapkan harga baru belian padi sebanyak RM1,600 per metrik tan.
Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, perkara itu adalah antara yang terkandung dalam memorandum yang dikemukakan oleh 200,000 pesawah yang sebahagian besar masih dibelenggu kemiskinan.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkata, pesawah di Kedah, terutama di kawasan MADA yang menghasilkan kira-kira 42 peratus pengeluaran beras menyuarakan bantahan terhadap harga padi sekarang.
“Mereka menuntut kerajaan supaya dalam Belanjawan 2024, harga lantai belian padi di kilang dinaikkan daripada RM1,200 kepada jumlah yang lebih munasabah, iaitu RM1,600 per metrik tan.
“Tuntutan ini sangat wajar kerana pesawah berhadapan kenaikan input pertanian seperti baja dan racun…kos pembajakan tanah yang sangat tinggi,” katanya..
Ahmad Tarmizi berkata, pesawah akan terus berada dalam keadaan tertekan jika harga lantai belian padi tidak dinaikkan kerana hasil padi akan terus merosot dan menyebabkan bekalan beras negara terjejas seperti sekarang.
“Kerajaan perlu mengambil perhatian perkara ini kerana ia juga melibatkan harga siling beras nasional atau tempatan yang ketika ini menghadapi masalah besar di pasaran.
“Sebahagian besar bekalan beras di pasaran adalah beras import yang sangat mahal hingga mencecah RM60 untuk 10 kilogram sekampit,” katanya.
Sehubungan itu, katanya tuntutan pesawah mempunyai kewajaran kerana dapat mengawal harga beras tempatan yang sangat diperlukan oleh rakyat, sekali gus mengelakkan terpaksa membeli beras import yang mahal.
Selain itu, katanya Ahli Parlimen PN akan membangkitkan dengan serius isu harga padi dan kebajikan pesawah di Dewan Rakyat, minggu hadapan. – HARAKAHDAILY 13/10/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment