NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga barang terlalu mahal, bantuan kerajaan tak cukup, keluh asnaf



KUALA LUMPUR: Bantuan kerajaan tidak cukup untuk menampung keperluan golongan asnaf di ibu kota yang semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang disifatkan terlalu mahal.

NorAzmie Blomar, 34, berkata selain gaji suaminya sebagai buruh kasar sebanyak RM1,200 sebulan, mereka turut menerima bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Tetapi, katanya, ia masih tidak cukup menampung keperluan mereka sekeluarga, termasuk anak-anaknya yang sudah bersekolah serta berumur setahun dan dua bulan.

“Sewa rumah saja RM500. Bantuan dapat, tapi tidak cukup. Nak beli susu dan pampers anak sudah hampir RM100.

“Bantuan seperti beras 5kg juga hanya bertahan empat hari. Mati (lihat) harga barang sekarang. (Hidup) makin susah,” katanya selepas menerima bantuan pek makanan daripada MAIWP dalam program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar di sini, malam tadi.

Seorang lagi asnaf, Mohd Hadi Ahmad bersyukur dengan bantuan diberikan kerajaan, walaupun tidak mencukupi untuk keperluan mereka empat sekeluarga.

“Nak kata tahan sebulan sekarang ini memang tak, tetapi kita bersyukur dengan apa yang kita dapat. Kerajaan pun ada bagi bantuan seperti Bantuan Sara Hidup. Kita terima saja apa yang kita dapat,” katanya yang mempunyai dua anak.

Fabilah Yunus, 62, yang tinggal bersendirian di Kuala Lumpur terpaksa bergantung kepada bantuan zakat MAIWP kerana tidak bekerja lagi dan perlu menyimpan wang bagi menanggung kos perubatan kelak.

“Setiap malam akan ada NGO beri bantuan. Jadi, saya akan turun dan pergi ambil makanan percuma.

“Siang hari saya akan masak apa yang ada. Berjimat untuk menyimpan duit. Duit lebih penting untuk kos perubatan,” katanya yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi

Suaminya sudah meninggal dunia dan warga emas itu tidak mahu menyusahkan dua anaknya yang sudah berkahwin dan bekerja kerana mereka juga perlu menanggung keluarga masing-masing.

“Ada terima duit anak, tetapi dapat bila saya minta saja.”

Dalam pada itu, Na’im berkata, pihaknya akan berkomunikasi dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyelaraskan bantuan kepada golongan asnaf dan miskin tegar.

Katanya, MAIWP sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan DBKL dan JKM bagi memastikan bantuan diberikan lebih sistematik, teratur dan berkesan.


Sumber I FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo