NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya peringatan, kata pemimpin PAS berkait ‘tebuk kapal’

Khairil Nizam Khirudin berkata kenyataan Hadi Awang tidak merujuk sesiapa, manakala Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan ia nasihat biasa diulang dalam majlis parti.


PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin menyifatkan kenyataan Presiden Hadi Awang supaya ahli parti tidak menjadi “penebuk kapal” hanya peringatan dan tidak merujuk kepada sesiapa.

Ketika ditanya adakah Hadi mengeluarkan kenyataan itu kerana sudah “menghidu” tindakan berkenaan beliau hanya menjawab tiada.

“Tiada (ahli ‘tebuk kapal’). Hanya peringatan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Ketua Pemuda, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata ia adalah nasihat biasa untuk ahli PAS yang diulang acap kali sejak dahulu hingga sekarang dalam majlis parti.

“Sebagai peringatan daripada seorang ketua kepada ahli,” kata Ahli Parlimen Alor Setar ketika dihubungi.

Terdahulu, Hadi ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS kali ke-69 di Shah Alam mengingatkan ahli parti tidak menjadi “penebuk kapal” untuk menjatuhkan kerajaan diperintah PAS.

Katanya, sekalipun ada kelemahan di negeri diperintah parti itu, semua ahli perlu bersama memperbaikinya bukan bertindak mendedahkan kepada lawan.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo